Siapa Aiman

Aiman Amri atau nama pena Aiman Psikologi ialah Mental Health Advocate yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Beliau ialah seorang penceramah dan penulis buku yang mendidik masyarakat ilmu psikologi melalui ceramah, media sosial dan penulisan di laman webnya, AimanPsikologi.com

Selepas menamatkan sarjana muda BSc in Psychology di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar minatnya dengan berkhidmat di WeCare Allied Health Center, sebuah pusat psikologi swasta untuk perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa di Kuala Lumpur, sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist. Kini, beliau meneruskan impiannya untuk menjadi psikologis klinikal dengan menyumbangkan kepakarannya di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam sebagai Pengurus Akademi dan teaching assistant untuk kelas intervensi awal.

Beliau telah menulis dua buku pada tahun 2019: “Autisme: Unik/Pelik” sebuah diari yang memberi panduan kepada ibu bapa dan guru untuk menyelami pemikiran kanak-kanak Autisme. Buku keduanya bertajuk “How Are You?” lebih berfokus kepada memahami perjuangan dalaman individu yang mempunyai stres, kemurungan dan kegelisahan.

Aiman mempunyai pendedahan yang luas dalam menyebarkan kesedaran dalam bidang psikologi dan tingkah laku manusia. Beliau telah memberi ceramah dan latihan berfokuskan topik kesihatan mental kepada lebih 100 institusi akademik, kerajaan dan korporat, dalam dan luar negara.

Sepanjang usahanya mendidik masyarakat, beliau telah muncul di pelbagai aliran media seperti Mingguan Wanita, Pa&Ma, Kosmo!, Astro Awani, Bernama, TV Al Hijrah dan Malaysia Hari ini. Setakat ini, pencapaian paling membanggakan ialah menjadi hos kepada rancangan televisyen “Psikosis”, diterbitkan oleh RTM1. Dokumentari 13 episod ini berfokuskan untuk mendidik masyarakat mengenai kepelbagaian jenis kecelaruan mental yang ada.

Dalam media sosial, Aiman dikenali kerap menyebarkan kesedaran isu kesihatan mental melalui akaun Facebook, Twitter dan Instagram beliau yang diikuti oleh lebih 250,000 pengikut. Beliau merupakan penyampai tetap kepada ML Studio, sebuah channel YouTube popular yang banyak berkongsi pelbagai topik kepada lebih 100,000 subscribers mereka.

Aiman berinspirasi untuk menjadikan Psikologi sebagai topik yang menarik untuk dipelajari. Sehingga kini, Aiman berinteraksi secara online dan offline dengan pendekatan yang kasual agar mudah difahami oleh masyarakat tentang topik memahami pemikiran dan tingkah laku manusia secara praktikal tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut.

Untuk mendapatkan perkongsian berkaitan Psikologi di organisasi anda, hubungi beliau di:

talk@aimanpsikologi.com